suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat tempah awal dah selamat, hati membara dapat tahu hotel ‘overbooked’... Individu kongsi tip elak tersadai, paling penting rajin ‘check’ emel

Pengembara disarankan membuat persediaan teliti bagi mengelakkan situasi luar jangka berlaku ketika percutian. -Gambar hiasan AI

SELAIN tempahan penerbangan dan pengangkutan, antara perkara terawal yang biasanya dilakukan ketika merancang perjalanan ialah mencari dan menempah penginapan.

Ramai beranggapan tempahan yang sudah dibuat dan dibayar bermakna bilik tersebut sememangnya sudah 'selamat' untuk mereka.

Namun, situasi tidak dijangka masih boleh berlaku.

Bayangkan anda tiba di hotel dalam keadaan penat dan lapar, namun receptionist memaklumkan bilik sudah penuh atau tempahan yang dibuat menerusi platform pihak ketiga tidak dapat dikesan dalam sistem.

Situasi itu bukan sahaja boleh mencetuskan rasa kecewa, malah lebih membebankan jika berlaku pada lewat malam selepas seharian penat menempuh perjalanan panjang. 

Pernah berdepan situasi sama, seorang individu tampil berkongsi tip sebagai panduan buat pengembara supaya dapat mengambil iktibar dan membuat persediaan sewajarnya.

"Ramai yang pernah kena macam ini. Tempah awal, bayar awal, pastikan ada bilik. Rasa selamat.

"Sampai sana, penuh. Hati sudah mula membara. Ada resit, ada nombor tempahan, tetapi staf cakap dalam sistem mereka tidak nampak tempahan kita. Memang boleh jadi gelabah. Aku faham sangat sebab pernah kena," katanya menerusi perkongsian di Threads.

Menurut individu berkenaan, staf hotel menyarankan supaya dia menghubungi semula platform pihak ketiga untuk tindakan susulan. 

Bercuti menjadi salah satu terapi untuk merehatkan minda. -Gambar hiasan AI

"Aku call Agoda. Line sibuk. 20 minit baru jawab. Lepas tu dia cakap, pihak hotel yang overbook. Kami dah hantar emel ke hotel.

"Kesilapan aku, aku tak pernah check emel. Kalau aku check awal, aku boleh call sebelum sampai. Tak payah hadap staf yang tak tahu apa-apa," kongsinya.

Selepas kira-kira 40 minit, pihak hotel akhirnya menawarkan penyelesaian dengan memindahkan individu berkenaan ke sebuah hotel berdekatan yang dikatakan mempunyai kategori setara.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris ‘terlepas’ ke Korea Selatan gara-gara K-ETA... Suami dah monyok, mujur isteri tak putus asa - “Rasa macam menang cabutan bertuah!”

Walaupun penyelesaian tersebut akhirnya melegakan, individu itu mengakui timbul persoalan mengenai keadaan hotel pengganti.

"Aku terfikir, macam mana kalau hotel sebelah tu teruk?" kongsinya. 

Susulan pengalaman tersebut, dia berkongsi beberapa perkara yang wajar ditanyakan pelanggan sekiranya berdepan situasi sama, iaitu:

1. Kategori bilik sama atau lebih baik.

2. Pengangkutan dari hotel asal ke hotel baharu.

3. Pembayaran balik jika hotel baharu lebih murah.

Tambahnya lagi, pengalaman pahit tersebut membuatkannya lebih bersedia dari awal sejak mula merancang perjalanan.

"Sekarang setiap kali aku travel, aku ada senarai. Save nombor platform booking dalam telefon bimbit. Agoda, Booking.com, Traveloka dan sebagainya.

"Kedua, periksa emel dua jam sebelum sampai. Kalau ada masalah, awal dapat tahu.

"Ketiga, simpan resit tempahan, kad, dan passport dalam satu tempat," kongsinya lagi. 

Artikel Lain