suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mawi terkejut pertama kali ada mikrofon sendiri... Warna oren siap ada ukiran nama dalam Jawi lagi

Mawi menunjukkan mikrofon baharu miliknya.

BUAT pertama kali sepanjang terlibat dalam dunia seni, penyanyi Mawi akhirnya memiliki mikrofon sendiri pemberian isterinya, Ekin.

Lebih istimewa lagi, mikrofon dengan rekaan khas itu dihadiahkan oleh Ekin sempena ulang tahunnya awal November lalu.

"21 tahun menyanyi ini baru pertama kali dapat mikrofon sendiri. Sebelum ini pakai apa yang ada sahaja.

Ekin hadiahkan mikrofon baharu buat Mawi. 

"Dapat hadiah daripada Ekin, ulang tahun dia, tapi dia yang beri hadiah. Warna ini dia punya cita rasa," kata Mawi dalam satu hantaran video.

Mikrofon berwarna oren itu turut diukir dengan nama Mawi dalam tulisan Jawi.

Pemilihan warna tersebut juga sebagai simbolik kepada diri Mawi yang merupakan anak kelahiran gugusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Taib Andak, Kulai, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tunggu apa yang terilham atas pentas” - Mawi jelaskan tindakan spontan selit selawat dalam lagu Intifada  

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan selawat punca Mawi hilang banyak markah, Ramli MS tegur semua peserta telus ketika latihan

"Terima kasih Ekin, terkejut saya. Warna oren itu simbolik warna tema Felda. Iya, aku anak Felda," ucapnya.

Menerusi hantaran video berkenaan, Ekin memberitahu dia sudah beberapa kali meminta suaminya mendapatkan mikrofon sendiri.

Mawi atau Asmawi Ani, 45, bagaimanapun dipercayai segan untuk menggunakan mikrofon peribadi apabila tampil membuat persembahan dalam mana-mana acara.

Mawi tidak pernah menggunakan mikrofon sendiri sebelum ini. 

"Sekian lama kena paksa, akhirnya pasrah juga. Selalu dia cakap malu pakai mikrofon sendiri, nanti nampak macam poyo.

"Ingat mikrofon Mawi, ingat warna Felda," ujarnya. 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain